Kawan atau Sahabat ?


Ienn nak tanya ni... Antara Kawan dan Sahabat, mana satu
yang korang pilih ?? Ienn ?? Ienn akan pilih SAHABAT...
Kenapa ? Pada Ienn, Sahabat adalah orang yang betul-2 berada
di sisi tika kita gembira, sedih, jatuh, bangun, menang, kalah,
tika perlukan bantuan, semangat, nasihat, dll...
Kawan pula adalah orang yang hanya ada tika waktu senang
sahaja... Apabila kita jatuh ke bawah, 'kawan' tidak akan
mengulur tangannya untuk membantu kita bangun kembali...
Ienn bersyukur sangat bila Ienn ada Sahabat-2 yang
selalu menyokong Ienn dari tepi dan belakang... Sahabat yang
gembira di waktu kemenangan kita, yang menangis tika kesedihan
melanda diri ini, yang sanggup sama-2 jatuh terduduk ke lantai bumi
bersama, yang menghulur tangan dengan penuh semangat, juga
yang sanggu mengorbankan sesuatu yang lain kerana diri ini...
Alhamdulillah... Perhubungan persahabatan yang terjalin ini,
tiada lagi goyah dan masih kukuh tiada kerapuhan...
weeee ~~ "dah mula merepek dahhh"

Kawan selalu menbiarkan,
Sahabat selalu sudi berjabat tangan...
Xkira miskin atau kaya, cantik atau sederhana,
kacak atau kurang, kurus atau chubby,
licin atau berjerawat, putih atau hitam...
Yang penting, keikhlasan dalam berjabat tangan sesama
manusia...
Assalamualaikum...

Ehh ! Awak-2 Semua Terima Kasih Membaca !